Wanita MCA kesal kerajaan masih mengekalkan dasar kewarganegaraan anak yang mendiskriminasi wanita seperti disuarakan oleh seorang pembaca akhbar hari ini.

Dasar tidak memberikan kerakyatan secara automatik kepada anak - kerana ibunya sahaja warga Malaysia - yang dilahirkan di luar negara, menurut timbalan ketua pergerakan itu Chew Mei Fun, bertentangan dengan Perkara 8 (2) perlembagaan.

Dalam suratnya di New Straits Times, Mabel Teoh yang kini tinggal di Switzerland meluahkan rasa kecewa kerana anaknya tidak boleh didaftarkan sebagai warga Malaysia.

Menurutnya, semakan dengan kedutaan di Bern mengesahkan Malaysia tidak mengiktiraf kewarganegaraan anak jika ibunya sahaja warga negara ini.