Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 5:06pm PKR tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali.

"Saya sangat sedih apabila saya melihat senarai soalan yang ditetapkan oleh parlimen. Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini .

"Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat."

azmin interview 260408 talking Mohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan.

"Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu.

"Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Ismail) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."

Beliau mendakwa wakil-wakil pembangkang "tiada kebebasan" menentukan susun atur soalan dalam prosiding dewan kali ini.

"Saya tidak tahu apa peranan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) dalam memutuskan urutan soalan. Tetapi saya rasa speaker Dewan Rakyat patut memmainkan lebih peranan untuk memastikan kita melindungi kebebasan parlimen," katanya.

Ditanya fokus dan isu yang akan dibangkitkannya sebagai anggota baru di Dewan Rakyat, Mohd Azmin berkata beliau ingin memperjuangkan kemandirian parlimen seperti masyarakat kebelakangan ini mendesak kebebasan badan kehakiman atau Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Saya harap saya ingin lihat sesi kali ini lebih hidup. (Dengan 82 wakil pembangkang), orang ramai dan rakyat ingin melihat debat positif. Tiada orang bercakap tentang kebebasan parlimen.

"Keutamaan saya sekarang adalah untuk memastikan sesi akan datang ini, kita mahu institusi ini menjadi institusi yang bebas.

"Jadi saya tidak rasa (perdana menteri Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) patut terus melantik menteri mengendalikan hal-ehwal parlimen di bawah Datuk Nazri kerana menteri tidak patut terlibat mencampuri pengurusan institusi ini supaya ia kekal bebas," katanya.

Beliau berharap wakil-wakil rakyat BN akan menyokong usahanya dalam kempen kebebasan badan penggubal undang-undang itu.

"Kalau mereka percaya pada demokrasi, pada kebebasan parlimen, mereka patut sokong langkah kita. Kita lihat (nanti)," katanya.

"Saya berharap mereka ada keberanian membangkitkan (isu ini) dan memulihkan keseluruhan sistem. Mereka patut mengambil pelajaran daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya umum yang lepas. Dan persidangan kali ini, semua orang melihat dengan dekat perkembangan debat di parlimen."

12th malaysia parliament official king opening 290408 01 Untuk mencapai langkah menguatkan usaha-usaha ini dan juga PKR, Mohd Azmin berkata parti itu telah menubuhkan urusetia parti itu, termasuk membeli sebuah bangunan baru 10 tingkat di Tropicana, Damansara.

"Kita akan berpindah dalam masa dua minggu lagi. Sebuah bangunan yang sudah siap, boleh menampung keperluan kita. Ini akan menjadi ibu pejabat parti, Angkatan Muda dan Wanita. Semua (pentadbiran) akan berpusat di sini," jelasnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan harga bangunan itu dan sumber dana yang diperolehi PKR untuk membeli aset tersebut.

Mengulas sumber dana PKR untuk membiayai wang cagaran dan perbelanjaan kempen semua calonnya, beliau berkata semua wang diperolehi daripada sumbangan dalam negeri dan derma orang ramai.

"Kami bukan parti kaya seperti Umno dan BN tetapi kami ada sumber yang cukup. Mereka datang, mereka menyumbang, bukan hanya menjadi aktivis dan pekerja parti tetapi juga datang menyokong secara kewangan.

"Mereka menyokong kos (pilihanraya) kerana mereka mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti meneruskan agenda reformasi," katanya.

Beliau juga menafikan PKR membiayai kempen calon-calonnya walaupun mengakui menyediakan wang cagaran kepada mereka.

ADS