Satu syarikat perakaunan bebas akan dilantik minggu depan bagi mengaudit secara menyeluruh status kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat.

ong tee kiat Sebelum ini, katanya, terdapat pelbagai pihak yang menyifatkan PKFZ sebagai gajah putih termasuk mengaitkannya sebagai satu skandal.

"Saya ingin tegaskan di sini, ini (perlantikan syarikat perakaunan bebas) adalah untuk memberi PKFZ satu titik tolak yang baru.

"Ianya dibuat bukanlah bermaksud bahawa pihak yang tertentu atau pihak yang menangani kewangan PKFZ perlu disoal siasat...tidak...," katanya kepada pemberita di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Katanya langkah mengaudit dan soal siasat itu jangan dicampuradukkan, demikian menurut laporan Bernama.

"Saya nak jelaskan dengan sejelas-jelasnya. Saya rasa adalah adil bagi kita memberikan PKFZ satu permulaan baru. Ianya tugas saya untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai senario sebenar yang saya akan lakukan.

"Ini termasuk pelbagai inisiatif yang akan kami lakukan berkaitan PKFZ yang termasuk mentauliahkan satu firma perakaunan bebas sedemikian untuk mengaudit dan melakukan audit keseluruhan," katanya.

Siasatan PKFZ

lee hwa beng Beliau turut mengumumkan pelantikan Pengerusi MCA Kelana Jaya, Datuk Lee Hwa Beng sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), berkuatkuasa 1 April, bagi mengantikan Datuk Chor Chee Heung yang dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.

Menurut Ong, pelantikan Lee diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, tugasan baru bagi Lee itu cukup mencabar kerana perlunya beliau melantik sebuah syarikat perakaunan yang bebas untuk mengaudit secara menyeluruh status kewangan PKFZ.

Sebagai pengerusi baru, katanya, Lee akan membuat pengumuman tentang pelantikan syarikat tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga LPK minggu depan.

Sementara itu, kata Ong, sebarang tindakan ataupun sebarang tindakan susulan kemungkinan diambil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) di bawah parlimen Malaysia untuk meneruskan siasatan tentang PKFZ.

Sebagai menteri pengangkutan, katanya beliau akan mengarahkan pihak pengurusan dan PKFZ memberi kerjasama yang erat supaya ini akan dapat mempermudahkan lagi kerja mereka.

Ong berkata semua tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap PKFZ perlu perlu dikaji serta dijelaskan dan dimaklumkan kepada rakyat apa yang sebenarnya terjadi.

Sementara itu, Lee, lulusan perakaunan, yang berterima kasih di atas kepercayaan kerajaan terhadapnya, berkata beliau menerima tugas mencabar itu dan berjanji memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin.

"Seperti yang dikatakan oleh menteri, ia merupakan tugas berat, namun saya menerimanya dan akan melakukan sebaik mungkin," kata Lee yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA dan pengerusi biro antarabangsa parti itu.

"Tugas baru (Datuk) Lee ini cukup mencabar kerana beliau perlu melantik syarikat perakaunan bebas untuk mengaudit status kewangan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," kata Ong pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian itu.

Sementara itu, Lee, lulusan perakaunan, yang berterima kasih di atas

kepercayaan kerajaan terhadapnya, berkata beliau menerima tugas mencabar itu dan berjanji memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin.