BERITA

Petisyen cabar kerusi Khairy di Rembau

S Pathmawathy

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Mei 2008, 4:12 petang

Satu petisyen pilihanraya telah difailkan untuk mencabar keputusan kerusi parlimen Rembau yang dimenangi oleh naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

khairy jamaluddin and badrul hisham and rembau Petisyen tersebut difailkan oleh lawan Khairy - anggota Majlis Kepimpinan Teringgi PKR, Badrul Hisham Shaharin - di Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 April lalu.

Ketika dihubungi hari ini, peguam Badrul yang juga bendahari PKR, William Leong berkata petisyen tersebut difail untuk mencabar kesahihan keputusan tersebut dan untuk membatalkan keputusan tersebut atas alasan jumlah undi tidak selaras.

William berkata jumlahnya tidak selaras dan mendakwa terdapat tambahan 745 undi yang tidak dapat diperjelaskan.

Jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi kawasan parlimen tersebut ialah 48,901 tetapi bagi empat kerusi negeri di bawahnya (Paroi, Chembong, Rantau and Kota), sejumlah 49,646 undi dikeluarkan.

Khairy - yang merupakan menantu perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,746 undi.

Dalam petisyen tersebut, Badrul mendakwa beliau tidak menerima Borang 14 dan mendakwa beberapa pusat pengundian juga tidak disediakan borang tersebut.

Borang 14 menyenaraikan jumlah pengundi di setiap pusat mengundi dan jumlah undi bagi setiap calon apabila selesai proses pengiraan undi.

Selain dari itu, Badrul juga mendakwa, bahan kempen PKR telah dibakar, dikoyak dan dicuri.

Beliau mendakwa, laporan polis dan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai perkara itu tidak diambil tindakan.

Badrul juga menuduh pihak berkuasa tempatan membantu pencabarnya dengan tidak membenarkannya menggunakan padang Majlis Perbandaran Rembau, sedangkan Khairy dibenarkan menggunakannya sewaktu berkempen.

Dakwaan lain ialah sekatan tertentu yang dikenakan terhadap penyokong PKR dalam pusat pengundian dan pusat pengiraan undi sewaktu hari pembuangan undi.

SPR dinamakan sebagai responden dalam petisyen tersebut - yang merupakan satu daripada enam petisyen yang difailkan oleh pembangkang. Berita asal

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.