Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Untung PLUS meningkat
Diterbitkan:  May 28, 2008 9:48 AM
Dikemaskini: 1:50 AM

Keuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2008 meningkat kepada RM384.077 juta berbanding RM265.870 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

plus highway 050105 toll booths Perolehan menokok kepada RM719.418 juta berbanding RM523.992 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan semalam, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK).

"Kedua-dua pengambilalihan Elite and Linkedua telah diselesaikan dalam Disember tahun lalu dengan KLBK menyertai kumpulan dalam Mac 2008," katanya.

Menurut laporan Bernama, PLUS menyatakan kutipan tol dalam suku pertama 2008 meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada RM540 juta berbanding dengan RM430 juta dalam suku pertama tahun lalu.

"PLUS, pengendali Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan dan lebuhraya lain, menyumbang 86 peratus daripada kutipan tol keseluruhan," katanya.

Mengulas tentang keputusan itu, Pengarah Urusan Kumpulan Noorizah Abd Hamid berkata peningkatan sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan volum trafik yang menggalakkan sebanyak 8.1 peratus bagi PLUS, masing-masing 8.8 peratus dan 19.0 peratus bagi Elite dan Linkedua, dalam suku pertama tahun ini.

ADS