Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata cadangan kerajaan untuk memperkenalkan dua skim tambang pengangkutan awam, terutama bas, bagi memastikan rakyat terus membayar tambang yang berpatutan, juga boleh mengakibatkan kemerosotan dalam perkhidmatan tersebut.

rapid kl bus public transportation 021107 Ekoran itu, Setiausahanya, Muhammad Sha'ani Abdullah menyifatkan cadangan tersebut sebagai 'pedang bermata dua'.

Katanya, ini kerana perancangan melaksanakan semua bentuk perkhidmatan atau kemudahan sosial secara komersil oleh pihak syarikat swasta, tetap akan mengutamakan keuntungan.

Menurutnya, model-model penswastaan untuk tujuan meningkatkan kecekapan prestasi, terbukti gagal mencapai tujuan asal penswastaan untuk mengurangkan kos pengendaliaan.

Manakala prestasi pula merosot, tidak berdaya maju dan beban yang terpaksa ditanggung masyarakat adalah amat besar, katanya dalam satu kenyataan.

public transportation 260706 ktm komuter Menurutnya, pengangkutan awam adalah kemudahan sosial yang harus ditunjangi kerajaan bagi memastikan taraf mutu perkhidmatannya cemerlang dan penggunaan perkhidmatan itu budaya kepada masyarakat.

"Untuk mencapai tahap tersebut, pengurusan sistem pengangkutan awam di negara ini harus diletakkan di bawah satu agensi yang mantap," katanya.

Sehubungan ini, katanya Fomca enam langkah yang perlu diambil kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan awam yang cemerlang:

bullet button Kerajaan harus menjadi perantara untuk mengimbangi mekanisme 'cross-subsidy' bagi memastikan capaian dan mutu perkhidmatan yang sama untuk semua pengguna tanpa mengira di bandar atau luar bandar.

bullet button Kerajaan mewujudkan segera suruhanjaya pengangkutan awam yang bebas, yang dianggotai pesuruhjaya sepenuh masa.

bullet button Kerajaan mengambil tanggungjawab meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai satu kemudahan sosial yang terbilang supaya semua pengguna merasa selesa, selamat, dengan tambang yang berpatutan.

bullet button Kerajaan menyegerakan peruntukan insentif bagi memperolehi bas dan gerabak gantian untuk menggantikan yang sudah rosak dan lapuk.

bullet button Kerajaan merangka Dasar Pengangkutan Negara sebagai pelan induk kepada perancang dan pembuat keputusan di peringkat negeri dan kerajaan tempatan.

"Kerajaan harus menggalakan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, mengurangkan penggunaan bahanapi petroleum dan mengurangkan percemaran," tambahnya.