Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 100 pelajar Malaysia dihantar menjalani latihan industri di luar negara bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam satu program baru Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata enam pelajar akan dihantar ke Thailand, Pakistan, Doha, Qatar dan Bahrain selama enam bulan bagi program penempatan bekerja dalam industri pembinaan.

Sebuah syarikat teknologi dari India pula menawarkan program latihan dalam pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Seramai 93 orang pelajar dan tujuh pensyarah menjalani program ini, selama empat bulan pada tahun lepas.

Menurut Mohamed Khaled, kerjasama antara syarikat-syarikat ini dengan kementerian bertujuan mengatasi kelemahan mahasiswa, termasuk tidak menguasai kemahiran sampingan seperti kelemahan berkomunikasi dan penyelesaian masalah.

"Program baru ini bertujuan untuk memastikan siswazah memiliki dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dalam bidang pengkhususannya," katanya.

"(Program) ini memastikan tidak wujud lagi keadaan tidak serasi pekerjaan dalam kalangan siswazah."

Latihan industri yang diselaras oleh kementerian tersebut lebih berstruktur daripada latihan yang diatur oleh universiti selama ini yang hanya memenuhi keperluan kokurikulum.

ADS