Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis Toni Kasim meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 4, 2008 11:08 AM
Dikemaskini: 4:26 AM

Zaitun 'Toni' Kasim - seorang aktivis wanita terkemuka - meninggal dunia awal pagi ini akibat penyakit barah.

Allahyarhamah meninggal dunia di rumah kakaknya di Shah Alam.

zaitun toni kassim Zaitun memperjuangkan pembaharuan undang-undang, khususnya yang bersifat diskriminasi terhadap wanita, dan memegang jawatan utama dalam beberapa pertubuhan wanita.

Allahyarhamah pernah bertanding dalam pilihanraya umum 1999, dengan sokongan Gabungan Inisiatif Calon Wanita (WCI).

Dalam pilihanraya tersebut, Zaitun bertanding atas tiket DAP bagi kerusi Parlimen Selayang menentang calon Barisan Nasional, Datuk Chan Kong Choy, yang merupakan ketua Pemuda MCA ketika itu.

Walaupun tewas, Zaiton berjaya memperolehi 26,144 undi.

WCI tidak meletakkan sebarang calon dalam pilihanraya umum 2004 tetapi Zaitun dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, kerana keadaan penyakitnya yang semakin teruk, Zaitun telah menarik diri daripada bertanding.

Jenazah Zaitun disembahyangkan di Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat di Shah Alam sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Tiga Kebun Bunga.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika ditemui di masjid tersebut berkata, beliau sedih dengan pemergian Zaitun pada usia yang masih muda.

"Ianya satu kehilangan kepada kita semua. Beliau begitu gigih memperjuangkan hak-hak wanita," tambahnya.

Aktivis Irene Fernandez juga sedih dengan pemergian Zaitun itu.

Beliau menyifatkan Zaitan sebagai seorang yang mempunyai kepercayaan dan prinsip yang teguh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS