India tidak minat pinjaman Tekun
Kira-kira tiga peratus pelajar India memohon pinjaman perniagaan di bawah skim pinjaman usahawan muda untuk kaum itu anjuran Yayasan Tekun.
Hanya 10 daripada 300 pelajar tersebut yang layak, selepas menamatkan latihan dari Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Keusahawanan (Insken) tahun lepas, berbuat demikian daripada yayasan tersebut.
Yayasan Tekun, asalnya untuk membantu usahawan bumiputera, berjanji untuk membantu lulusan India yang tamat di dua institusi latihan tersebut selepas perbincangan dengan sebuah yayasan MIC tahun lepas.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menggesa 290 lagi pelajar supaya memohon pinjaman itu daripada Tekun atau Yayasan Kebangsaan bagi Kumpulan Dana Ekonomi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Yayasan Tekun memperuntukkan RM3 juta sebagai pinjaman perniagaan bagi bekas pelajar Pusat Giat Mara dan Insken," katanya, lapor Bernama .
Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Strategik Sosial (YSS), badan bawah parti itu, di Tingkat 5, Menara Manickavasagam, No. 1, Jalan Rahmat, 50350 Kuala Lumpur, atau hubungi telefon 03-40 41 59 58.

