BERITA

Tipu: Bekas calon PKR ditangkap

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Jun 2008, 7:18 pagi

Seorang aktivis badan bukan kerajaan, yang bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya umum lalu, ditangkap polis hari ini bagi siasatan kes menipu.

B Kalaivanan, 44, yang tewas di kerusi negeri Gurun, ditahan dan diiring oleh tiga anggota polis berpakaian biasa ke sebuah kereta di luar mahkamah Sungai Petani.

Beliau mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu sebelum isterinya membayar ikat jamin RM1,500 untuk membebaskannya, lapor laman web The Star .

Dalam pertuduhan pertama, aktivis itu didakwa menipu R Pachamah, 59, pada 2004 di rumah mangsa di No. 246, Kampong Sungai Ibor, Gurun sebanyak RM2,000 sebagai yuran membantu mendapatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pertuduhan kedua pula menyatakan, pada 15 Sept 2005, Kalaivanan didakwa menyerahkan cek bernilai RM1,600 yang dikatakan daripada Perkeso kepada Pachamah. Cek itu kemudiannya ditendang oleh pihak bank.

Ketua polis ACP Hashim Ali dilaporkan berkata Kalaivanan akan diserahkan kepada polis Negeri Sembilan untuk kesalahan seumpamanya di negeri itu.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.