Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal: Chin perlu buat laporan polis
Diterbitkan:  Jun 13, 2008 8:53 PM
Dikemaskini: 2:23 PM

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menggesa hakim Mahkamah Tinggi Ian Chin membuat laporan polis berhubung dakwaannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - di satu

persidangan pada 1997 - mengancam memecat hakim-hakim jika beliau tidak bersetuju dengan keputusan mereka.

karpal singh Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Chin tidak harus melindungi diri dengan bersembunyi di belakang kekebalan diberikan kepada hakim-hakim di bawah undang-undang dengan hanya mendedahkannya di mahkamah.

"Walaupun pendedahan beliau terus menjejas keyakinan awam terhadap badan kehakiman, beliau harus beri peluang kepada Dr Mahathir untuk mempertahankan diri dengan membenarkan polis menyiasat perkara itu," kata beliau Karpal dalam satu sidang akhbar.

Isnin lalu, ketika mendengar pertikaian berhubung satu keputusan pilihanraya umum di Sarawak, Chin mendedahkan bahawa hakim-hakim telah dihantar ke pusat indoktrinasi dan diancam akan dipecat jika mereka gagal membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan.

Menurut laporan Bernama, Karpal juga menggesa polis merekod kenyataan dari semua hakim yang menghadiri persidangan hakim pada 24 April 1997.

Beliau juga meminta polis dan pejabat Peguam Negara memberi keutamaan tertinggi untuk menyiasat dakwaan terbaru ini dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu dalam sidang parlimen akan datang mulai 23 Jun.

ian chin ian hn chin judge Ditanya mengenai kandungan dakwaan Chin, Karpal berkata: "Saya tidak fikir Chin mahu mereka cerita bagi menganiaya Dr Mahathir, oleh kerana ini akan menjejas kewibawaannya."

Karpal menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan perhatian peribadi tentang dakwaan terhadap Dr Mahathir itu dan menambah, apa yang berlaku tidak boleh dikesampingkan begitu saja.

Dalam pada itu, seorang pegawai polis dari balai polis Tun H.S Lee telah merekod kenyataan dari Karpal mengenai laporannya tentang kes itu Rabu lalu.

Rabu lalu, Abdullah berkata, kerajaan tidak nampak kewajaran menubuhkan sebuah lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan itu kerana beliau telahpun memutuskan untuk melakukan pembaharuan dalam badan kehakiman.

ADS