Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar amat bimbang dengan kenaikan jumlah kes-kes jenayah di kawasan pilihanrayanya, terutamanya di Bangsar.

"Insiden-insiden seperti rompakan berkumpulan, ragut dan pecah masuk yang kerap berlaku pada waktu siang hari, menunjukkan kita sekarang bukan sahaja terpaksa menghadapi

harga barang yang meningkat tetapi juga jenayah berleluasa dalam kehidupan harian," katanya.

nurul izzah 050407 talking Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, langkah-langkah yang sedia ada untuk mencegah atau menyelesaikan kes jenayah belum cukup berhasil.

"Saya juga hadir bersama Preity Ganthani, seorang lagi mangsa ragut yang diserang di luar premis ini. Kes Preity hanyalah satu kes dalam ribuan mangsa jenayah yang lain.

"Preity telah cedera di lengan apabila begnya diragut dan terpaksa mendapat rawatan di hospital selama empat hari demi menyelamatkan lengannya. Kita bersyukur Preity masih berada bersama kami pada hari ini," katanya.

Menurut Nurul Izzah, beliau tidak suka untuk mengulangi desakan-desakan terdahulu kepada pihak berkuasa. Tetapi, insiden seperti ini membuktikan betapa pentingnya bagi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan sebuah negara yang selamat untuk Rakyat Malaysia.

"Justeru, dalam mengakui kelemahan dalam sistem keselamatan negara, adalah sangat mustahak bagi kerajaan pusat mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

"Dengan adanya IPCMC, ia akan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih antara pihak polis dan wakil-wakil dari masyarakat madani dalam menyedari kelemahan yang ada dan mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat untuk memperbaiki pasukan polis negara," katanya.

Beliau berkata, nisbah anggota polis kepada penduduk Malaysia sangat hampir kepada taraf yang disyorkan oleh Interpol.

"Ini bermakna, perlu adanya penilaian semula keberkesanan langkah-langkah yang digunakan pihak polis sekarang. Ini menunjukkan keperluan IPCMC.

"Secara khusus, dalam membincangkan scenario di Lembah Pantai, saya bercadang untuk mengadakan rundingan khusus bersama badan bukan kerajaan, penduduk dan tokoh penting setempat dalam

merangka program-program 'action-oriented' di lokasi-lokasi strategik.

"Kita akan mulakan dialog bersama persatuan penduduk, pihak

polis, Yayasan Mencegah Jenayah dan juga Rukun Tetangga. Saya menyeru semua penduduk setempat untuk bersama kita mengambil

bahagian dalam usaha ini," katanya.