Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prestasi NC Unisel tidak memuaskan
Diterbitkan:  Jun 30, 2008 9:16 PM
Dikemaskini: 3:56 PM

Jawatan profesor Dr Mohd Razali Agus sebagai naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) ditamatkan kerana perkhidmatannya tidak memuaskan.

Beliau telah gagal menunjukkan prestasi yang dikehendaki lembaga pengarah syarikat yang mengurus Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB), sehingga perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Februari lalu.

Tempoh percubaan pertama ahli akademik itu antara 1 Ogos tahun lalu hingga 31 Januari lalu.

"Sepanjang tempoh tersebut lembaga pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau," kata syarikat itu.

"Sepanjang tempoh percubaan kedua, perkhidmatan dan prestasi beliau masih lagi tidak memuaskan."

Mesyuarat khas lembaga pengarah PIYSB pada 26 Jun mengambil keputusan sebulat suara "untuk tidak mengesahkan jawatan beliau", kata syarikat itu lagi.

Jumaat lepas, menteri besar Selangor dilaporkan menamatkan khidmat Dr Mohd Razali Agus berkuatkuasa 31 Julai dan beliau telah diberikan sebulan cuti dengan gaji penuh.

Surat dengan sebulan notis itu dikeluarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PIYSB.

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya," kata Dr Mohd Razali minggu lepas kepada agensi berita Bernama .

najib and rosmah Tambahnya, perkembangan mengejutkan itu belum sempat dimaklumkan kepada canselor Unisel, Rosmah Mansor yang juga isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mohd Razali, sebelumnya seorang timbalan naib canselor Universiti Malaya, dilaporkan berkata beliau menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, PIYSB berkata lembaga pengarah bersetuju melantik dekan sekolah pasca ijazah pengurusan Unisel, profesor Dr Khalifah Othman, sebagai pemangku naib canselor mulai esok.

Bekas ahli akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu telah berkhidmat sejak Mac 2005.

Unisel juga mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa khas yang dianggotai ahli akademik dan tokoh korporat untuk

penilaian dan pemilihan naib canselor.

ADS