BERITA

Terhina, SAPP digelar 'sundal politik'

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jul 2008, 6:22 pagi

Parti Maju Sabah berasa "tersinggung" dengan parti komponen BN dan menganggap mereka sebagai "alat kerajaan persekutuan" apabila mengecamnya berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri dan isu-isu tentang Sabah.

Setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong berkata parti-parti komponen itu termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) berdiam diri apabila pemimpin-pemimpin Umno sendiri mendesak Daruk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi BN, berundur daripada jawatan tersebut.

"Ia jelas menunjukkan sesetengah pemimpin politik Sabah yang memegang jawatan dalam kerajaan telah secara sukarela menganut taktik 'pecah dan perintah' Kuala Lumpur dan cuba meredahkan usaha SAPP berjuang demi kepentingan Sabah dan rakyatnya," kata Yong hari ini.

Menurutnya, timbalan presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dalam sebuah akhbar tempatan negeri itu Sabtu lalu menyifatkan SAPP sebagai "sundal politik."

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.