Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petrol untuk teksi kekal RM1.92 seliter
Diterbitkan:  Jul 18, 2008 8:24 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Sebanyak 40,231 pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol di seluruh negara akan menerima kemudahan petrol bersubsidi pada harga lama RM1.92 seliter.

Kuota bagi setiap kenderaan ditetapkan sebanyak 720 liter sebulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

taxi kuala lumpur teksi 240307 kl sentral taxi stand Kerajaan telah menaikkan harga Petrol bulan lalu, sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter.

Shahrir berkata, pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian dan pejabat cawangan di seluruh negara bagi mendapatkan surat tawaran kelayakan subsidi petrol, mulai Isnin ini.

Menurut Bernama, Shahrir berkata, mereka akan menikmati pemberian subsidi melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) atau fleetcard seperti yang digunakan oleh teksi dan kereta sewa yang menggunakan diesel.

"Apabila kerajaan menstrukturkan semula subsidi petrol dan diesel pada Jun lalu, pemilik teksi dan kereta sewa terutamanya yang menggunakan petrol menghadapi kesukaran akibat kos operasi yang semakin meningkat dan kadar tambang pula masih dikekalkan pada kadar sedia ada bagi tidak membebankan pengguna pengangkutan awam.

"Kerajaan prihatin akan masalah yang dihadapi oleh mereka dan bagi memastikan mereka terus memberi perkhidmatan kepada orang ramai, kerajaan bersetuju untuk memberi kemudahan petrol bersubsidi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha industri makanan di kementerian di Putrajaya hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS