BERITA

Muzakarah hakis sokongan bukan Melayu...

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Jul 2008, 11:18 tengahari

Kelab Penyokong PAS Kebangsaan berkata langkah parti itu mengadakan muzakarah dengan Umno akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli akar umbi dan penyokong bukan Islam parti itu.

hu pang chaw Pengerusi kelab tersebut, Hu Pang Chaw berkata, muzakarah dengan Umno adalah sesuatu yang tidak akan menguntungkan PAS.

Malah, katanya, sokongan terutamanya dari masyarakat bukan Melayu terhadap PAS, mungkin terhakis.

"Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas bukan sahaja kerana pengundi Melayu, tetapi juga sokongan pengundi bukan Melayu. Faktor ini perlu diambil kira," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Umno kini menghadapi kemelut dalaman dan penyokong tidak mahu PAS dijadikan perangkap untuk membina semula kekuatan Umno, demikian menurut laporan Bernama.

Hu bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS perlu belajar daripada pengalaman lalu apabila kerjasama dengan Umno hanya akan menghakis kekuatan PAS.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula berkata muzakarah dengan PAS menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak.

"Kita bimbang Umno menggunakan muzakarah untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama menutup kelemahan dalam parti mereka," katanya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan