Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UPKO kesal Umno mahu Putatan
Diterbitkan:  Jul 29, 2008 2:18 PM
Dikemaskini: 6:23 AM

Naib presiden UPKO Datuk Wences Angang mempertikaikan kenyataan timbalan ketua menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin yang menuntut kerusi parlimen Putatan milik parti itu diserahkan kepada Umno.

"Saya hairan dan kesal kenapa selepas pilihanraya masih ada pihak-pihak tertentu masih menuntut yang sudah dipersetujui sebelum pilihanraya," katanya.

"Kita harus mengakui bahawa kita hidup dalam berbilang kaum dan kita harus menghormati hak masing-masing."

Katanya lagi, BN seharusnya menumpukan perhatian kepada isu-isu pembangunan dan bukannya mempersoalkan hak parti komponen.

Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Datuk Makin @ Marcus Majigoh daripada UPKO.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tritahunan UPKO bahagian Membakut baru-baru ini.

Tambahnya, dalam kerjasama BN, sesebuah parti tidak akan dapat 100 peratus apa yang mereka mahu kerana parti itu mengamalkan perkongsian kuasa.

"Kalau kita mahu 100 peratus apa yang kita mahu dalam BN, maka kita bukan lagi berkongsi kuasa tetapi membolot kuasa," katanya.

Dasar bertolak-ansur, bermuafakat dan berkongsi kuasa antara kaum telah terbukti berjaya menyatupadukan semua kaum dan merupakan teras utama yang wajib dipertahankan, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS