Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan kes liwat Anwar siap
Diterbitkan:  Jul 31, 2008 4:32 PM
Dikemaskini: 2:11 PM

dikemaskini Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.

"Saya difahamkan bahawa proses siasatan telah selesai, dan kertas itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara. Terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk menentukan bentuk dakwaan yang akan diambil," katanya, lapor Bernama .

Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata beliau tidak diberitahu mengenai isi kandungan kertas siasatan tersebut.

"Saya bukan pihak yang bertanggungjawab dengan siasatan itu, bagaimana saya boleh tahu. Sebagai menteri, saya tidak campur tangan dalam siasatan," katanya.

Mengulas ura-ura polis akan menahan Anwar hari ini, Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah membiarkan perkara tersebut berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Biarlah ia berlaku mengikut proses. Undang-undang kita menetapkan bahawa Anwar tidak bersalah sehingga beliau dibuktikan (bersalah).

"Tiada dakwaan setakat ini terhadapnya," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

ADS