Gerakan: Kenapa Umno pilih agenda Melayu-Islam?
Diterbitkan: Aug 4, 2008 1:54 PM | Dikemas kini: Aug 5, 2008 2:47 PM
Kenapa Umno berminat mengadakan dialog dengan PAS dan PKR berhubung isu Melayu dan Islam, sedangkan lebih penting parti utama dalam BN itu wajar berterus-terang dengan komponen BN dahulu, kata naib presiden Gerakan hari ini.
Mengulas cadangan Datuk Seri Nazri Aziz untuk mengundang PKR dalam rundingan Umno-PAS, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu "tidak harus berpandangan singkat dengan hanya menumpukan agenda Melayu-Islam."
"Sebaliknya Umno, sebagai satu komponen utama BN, harus memberi masa, tenaga dan perhatiannya ke arah bekerja bersama-sama dengan komponen-komponen lain untuk mengukuhkan struktur dan peranan BN," kata Dr Teng dalam satu kenyataan hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.