Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10% SMS boleh ubah nasib si miskin
Diterbitkan:  Aug 5, 2008 11:38 AM
Dikemaskini: 5:37 AM

Banyak keluarga miskin dapat diubah nasib mereka jika 10 peratus daripada duit yang dibelanjakan untuk SMS dapat disalur kepada badan-badan amal dan koperasi kebajikan yang bergerak membantu golongan itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap tahun rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM2.2 bilion untuk SMS seperti menghubungi rakan dan mengundi bintang kesayangan mereka dalam program hiburan seperti Akademi Fantasia dan Gangstarz.

"Saya bukan nak marah apa, tapi kalau kita boleh belanja banyak untuk SMS. Apa salahnya kita campakkan duit tu untuk buat kebajikan," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selepas melancarkan Majlis Permuafakatan Sahabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) semalam.

Menurut Bernama lagi, pada majlis itu yayasan berkenaan melancarkan Skim SMS Yapeim untuk membantu pertubuhan itu mengumpulkan dana bagi membantu golongan miskin yang ingin memulakan perniagaan.

Skim SMS itu dilihat sebagai cara kedua Yapeim mengumpul dana selain kutipan derma daripada 300,000 anggotanya yang dianggar mencecah RM2 juta sebulan.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang dalam skim itu boleh melayari laman web Yapeim di alamat www.yapeim.net.my atau SMS AJ1 (untuk RM1) ke talian 32728. Sesiapa yang berminat boleh menyumbang sehingga RM5 untuk setiap kali transaksi SMS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS