PKR bina laman kempen Anwar
Diterbitkan: Aug 11, 2008 9:56 PM | Dikemas kini: Aug 11, 2008 11:05 PM
PKR awal-awal lagi membangunkan satu laman web rasmi bersempena pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang akan ditandingi ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 26 Ogos.
'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dibina untuk menyalurkan maklumat dan berita terkini berhubung pilihanraya kecil itu, kata ketua laman web tersebut.
"Laman web ini akan membantu pengundi, pekerja pilihanraya dan media untuk mendapatkan maklumat terus tentang apa yang berlaku," kata Annuar Ismail, yang berpusat di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Menurut Annuar, pasukannya bercadang menambah berita dan maklumat dalam bahasa Cina dan Tamil pada dalam masa terdekat.

