Seorang lelaki menyerang kerani wanita awal 30-an dengan melumurkan muka mangsanya dengan cili penyek yang dibawanya ke kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga ditampar, dipercayai berpunca daripada satu perselisihan faham.

Lelaki itu juga cuba memukul wanita itu dengan besi tetapi

dihalang oleh beberapa pekerja di kilang tempat kerjanya di Indera Mahkota, lapor Bernama hari ini.

Akibatnya kerani itu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan semalam dan juga membuat laporan polis.

Menurut timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Supt Mohd Haris Daud, polis belum dapat menahan suspek.