Sebuah badan pemantau pilihanraya akan menghantar 10 wakilnya bagi mengawasi penjalanan pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos ini.

Sepuluh pemantau itu akan memberikan tumpuan pada hari mengundi, tempoh berkempen dan pembuangan undi.

Institut Integriti Pilihanraya Nasional (NIEI) juga mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja kerana kemungkinan besar pemilih tidak sempat ke tempat pembuangan undi.

Menurut pengarah organisasi pemantau Amin Iskandar, kumpulan pemantau luar negeri Anfrel akan turut serta dalam tempoh berkempen.