Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

AMK: BN alami sindrom 'Anwarphobia'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menurunkan harga minyak semalam sebagai satu usaha terdesak bagi meraih semula populariti di

kalangan rakyat.

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter,manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter.

shamsul iskandar Ketuanya, Shamsul Iskandar mohd Akin berkata, AMK berpendapat ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa tidak akan menurunkan harga

minyak sebelum 1 September 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, AMK tidak menafikan sebarang usaha untuk menurunkan harga minyak adalah baik.

"Tetapi apakah cukup sekadar penurunan 15 sen bagi petrol dan 8 sen bagi diesel, sedangkan rakyat sudah semakin menderita dengan kekangan kos sara hidup yang semakin menggila dari hari ke hari.

"Penurunan pada kadar 6 peratus tidak memberi apa-apa signifikan langsung di sebalik penurunan harga mendadak harga minyak dunia yang kini dianggarkan pada kadar AS115 setong," tambahnya.

Shamsul berkata, penurunan itu langsung tidak membawa apa-apa kesan, di sebalik kadar inflasi sebanyak 8.5 peratus yang dilaporkan paling parah dalam tempoh 25 tahun, melalui perangkaan Kenanga

Investment Bank dan Bank Negara.

"AMK melihat, tindakan ini tidak lebih untuk tujuan mengaburi mata rakyat di sebalik tekad dan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan penurunan 70 sen harga minyak sebaik sahaja Pakatan

Rakyat memerintah," katanya.

Tambahnya, 'lakonan' Umno-BN boleh diteruskan, tetapi rakyat tidak akan dapat terus dipermainkan di sebalik tekanan ekonomi yang sangat parah.

"Biar apapun usaha Umno-BN kini, rakyat perlu dimerdekakan ekonomi mereka dengan kepimpinan baru yang lebih progresif di bawah Pakatan Rakyat," tambahnya.