Rosli Awang, 44, seorang buruh binaan dari Permatang Pasir, sering mengeluh kerana tidak cukup tidur sejak 10 hari lalu kerana diganggu bunyi bising oleh ceramah-ceramah politik yang begitu banyak.

Malah isteri dan anaknya juga mengadu mengalami masalah yang sama kerana setiap malam penceramah silih berganti

anwar ibrahim ceramah in tok kandu permatang pauh by election 220808 03 "Saya hampir demam kerana tidak dapat tidur dan ini menyebabkan saya tidak boleh bekerja dua hari. Pilihanraya umum lalu pun tidak seperti ini.

"Kalau sebulan begini saya boleh menjadi gila," katanya merujuk kepada kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang semakin rancak sekarang.

Perkara sama turut dikongsi oleh Maziah Kamar, 39, seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan di sebelah pulau kira-kira 45 minit perjalanan dari Permatang Pauh.

Katanya, beliau sekeluarga bukan sahaja tidak boleh tidur tetapi tidak senang dengan pelbagai jenis kenderaan yang melalui depan rumahnya tidak kira waktu siang atau malam.

Jalan sesak

anwar ibrahim ceramah in permatang pauh by election 220808 01 "Bukan sahaja sesak tetapi yang lebih teruk mereka membunyikan hon sesuka hati tanpa mengira waktu.

"Pernah anak saya yang berumur sembilan bulan terbangun dan menangis kerana amat takut mendengar bunyi enjin motosikal yang ditunggang oleh budak-budak muda," katanya yang tinggal di Kampung Budi Utama, Penanti.

Tinjauan Malaysiakini ke beberapa tempat di Permatang Pauh mendapati jumlah kenderaan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai meningkat secara mendadak terutama pada waktu malam.

Jalan raya menjadi semakin sesak apabila orang rami berpusu-pusu lokman adam sd johari bn ceramah permatang pauh by election 220808 02 untuk ke tempat tokoh politik tertentu mengadakan ceramah.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon PKR untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh berceramah, jalan raya sesak sepanjang beberapa kilometer.

Menjelang hari mengundi Selasa ini, dijangka jalan-jalan raya di sekitar Permatang Pauh dan Pulau Pinang amnya akan menyaksikan pesta kenderaan terutaam kebanjiran kereta dari luar negeri itu.