Zahid tunggu penjelasan dakwaan MB dipaksa dalam isu istana NS
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan penjelasan penuh Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berhubung dakwaan dia dipaksa menandatangani proklamasi memecat Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Dia pastinya akan bertemu dengan saya ketika perjumpaan agung ini diadakan dan penjelasan akan dibuat oleh beliau dan saya akan bertanya latar belakang mengenai kenyataan beliau,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), hari ini.
Zahid berkata setakat ini dia tidak mengetahui secara jelas mengenai perkara berkenaan kerana tidak berada dalam majlis atau ketika dokumen tersebut ditandatangani.
“Saya tidak jelas mengenai perkara itu sebab saya tidak berada dalam majlis ataupun ketika penandatangan itu dilakukan,” katanya.
Sebelum ini, Ismail menafikan penglibatan Zahid dalam proses penandatanganan proklamasi berkenaan.
Zahid berkata dia sebelum ini telah menyatakan bahawa perkara tersebut wajar dijelaskan oleh peguam yang menyediakan, menyaksikan serta menyimpan dokumen berkenaan.
“Kita serahkan kepada peguam yang menyediakan dokumen perkenaan dan yang menyaksikan serta menyimpan dokumen itu untuk membuat kenyataan.
“Ia di luar daripada pengantaraan secara rasmi oleh pihak Umno dan Perdana Menteri,” katanya.
Terdahulu Ismail dilaporakan mengesahkan dia menandatangani proklamasi oleh empat Undang untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz.
Bagaimanapun, Ismail mendakwa dia berbuat demikian atas paksaan dan telah pun mengadukan perkara itu kepada pihak polis.
Kenyataannya itu dikeluarkan selepas Undang Yang Empat mendedahkan dokumen yang ditandatanganinya pada 3 Ogos.
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan mengapa dia menunggu lebih sebulan untuk membuat laporan itu.
Ismail juga tidak mendedahkan mengapa dia bertemu dengan Undang yang dipertikaikan itu. Keempat-empat mereka cuba menyingkirkan Tuanku Muhriz sejak April atas pertikaian kuasa, dan menyokong Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai pengganti.
Menteri besar itu juga tidak mempertikaikan dakwaan dalam laporan Straits Times bahawa dia bertemu dengan empat Undang bersama-sama kepimpinan tertinggi Umno termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
/file/attachments/orphans/asdasdasd_699182.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/b52c862dc71e03895e41f079afa7d426.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/f49dcb9bf648994dba2b6a08a3815ac5.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/b1474f024fb67114022904f03b1f7cff.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/28a17030286fb8142cc1168eff174295.png)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/8db59a35eeeeadcaa4bd975308c1ed3c.jpg)