Sekolah Kebangsaan Seri Penanti menjadi tumpuan kerana calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum parti itu dan isterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi di situ.

scuffle tense situation in permatang pauh by election polling day 260808 03 Sejak awal pagi lagi ratusan penyokong Pakatan Rakyat dan BN telah memenuhi kawasan sekitar dengan membawa bendera parti masing-masing.

Mereka saling bersorak antara satu sama lain terutama apabila kenderaan lalulalang di situ, termasuk yang membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Keadaan menjadi semakin panas apabila kedua-dua pihak berbalas sorakan termasuk melaungkan perkataan `Altantuya dan liwat.'

Ekoran itu, seorang penyokong pembangkang telah bertindak melontar objek ke arah penyokong lawan.

Bagaimanapun, polis bertindak pantas menahan lelaki berkenaan.

Pasukan polis juga mengawal ketat laluan di depan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Keadaan jadi panas

Keadaan menjadi semakin panas menyebabkan pasukan polis menambah anggota termasuk dari pasukan gerak am (PGA).

ayub yaakob terengganu police chief Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub tiba dan kelihatan berbincang dengan pegawainya sebelum anggota polis mengarahkan penyokong kedua-dua kumpulan beredar.

Bagaimanapun, mereka berkumpul semula tetapi tiada lagi kedengaran sorakan mereka.

Ayub ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata, keadaan secara keseluruhan terkawal.

anwar ibrahim permatang pauh by election polling day 260808 04 Beliau mengesahkan bahawa seorang penyokong Pakatan telah ditahan pagi tadi kerana melontar objek ke arah penyokon BN serta menghalang tugas polis.

Bagaimanapun, katanya, berlaku kesesakan lalulintas kerana faktor manusia yang tidak mematuhi undang-undang.

Sementara sehingga jam 2 petang tadi, masih terdapat kira-kira 200 penyokong Pakatan yang dilihat berada di situ.

Juga kelihatan ialah 10 trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan sebuah trak meiam air di situ.

Lihat liputan lengkap Pengundian di Permatang Pauh