PRN Melaka pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov 2026 sebagai hari mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka ke-16 manakala 31 Okt pula sebagai hari penamaan calon.
Pengerusi SPR Ramlan Harun pada sidang media di Melaka, hari ini, turut mengumumkan 10 Nov depan bagi hari pengundian awal PRN Melaka.
/file/attachments/orphans/SPR232_747101.png)
Menurutnya seramai 687,697 pengundi daripada daftar terkini sehingga 22 Sept lalu layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN berkenaan.
Ini terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan 2,762 anggota polis serta pasangan mereka.
Ramlan berkata, PRN Melaka ke-16 dijangka menelan kos dengan anggaran peruntukan sebanyak RM28.45 juta.
Selain itu katanya, SPR juga memutusakan untuk memperluaskan pelaksanaan projek rintis sistem optical character recognition-voter attendance (OCR-VA) di semua saluran setiap pusat mengundi yang melibakan 28 bahagian PRN Melaka.
"Sistem OCR-VA bagi merekodkan dan menandakan kehadiran pengundi secara automatik melalui pengimbasan maklumat pada dokumen pengenalan diri, sekali gus mempercepatkan proses semakan dan rekod kehadiran, mengurangkan kesilapan penandaan manual serta meningkatkan kecekapan petugas dan proses pada hari mengundi.
"SPR menegaskan pelaksanaan projek rintis OCR-VA juga merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan proses pilihan raya tanpa mengubah tatacara pengundian sedia ada," katanya.
"Pengundi hanya perlu hadir ke pusat pengundian seperti biasa, mengemukakan dokumen pengenalan diri ekpada petugas untuk semakan dan meneruskan proses pengundian mengikut prosedur sedia ada," tambah Ramlan.
/file/attachments/orphans/melaka1sdd_429238.png)
Terdahulu Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa pada 23 Sept lalu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN Melaka ke-16.
PRN Melaka menyaksikan pemilihan wakil rakyat bagi 28 kerusi DUN. Pada PRN lalu, BN berjaya menguasai kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi.
/file/attachments/orphans/SPR1_363894.png)
