Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada arahan dikeluarkan untuk menangguhkan atau menghentikan siasatan kes penyelewengan membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata proses berkenaan mengambil masa, bagi memastikan kertas siasatan lengkap sebelum tindakan pendakwaan diambil.
“(Kes) Felda ini memang dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan tidak ada yang menghalang siasatan, cuma diminta siasatan itu dilaksanakan dengan telus,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), yang ingin tahu mengapa pendakwaan berkaitan isu Felda hanya dilakukan sekarang sedangkan urus niaga yang dipertikaikan berlaku antara 2010 hingga 2020.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kertas putih berkaitan Felda telah dibentangkan pada 2019, namun tiada tindakan susulan diambil sehingga kerajaan mengambil alih pentadbiran pada 2022.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/e9f3c5654ba9fea65f21ef852ab17a7c.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.