Insiden serang guru: Suspek terima rawatan di hospital
Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru sehingga cedera di sebuah sekolah antarabangsa di sini pada Rabu lepas masih menerima rawatan di hospital.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira kesihatan suspek serta nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan.
“Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.
“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saifullizan berkata setakat ini, sebanyak 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau juga meminta orang ramai untuk menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur.
Pada 21 Okt, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/school123_643073.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.