Niaga hadapan emas susut ekoran jualan besar-besaran
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan aktiviti penjualan yang ketara dalam saham syarikat sektor bahan dan perlombongan emas, kata penganalisis.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas menokok sedikit berikutan pembeli kembali memasuki pasaran selepas penjualan besar-besaran pada minggu lepas.
“Saya tidak menganggap keadaan ini sebagai isyarat bahawa semua risiko telah berakhir. Pasaran masih dalam proses pemulihan berikutan kerugian besar yang dialami ketika pendedahan kepada risiko dikurangkan pada minggu lepas,” katanya kepada Bernama.
Innes berkata peniaga akan terus berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada minggu ini.
Dia tidak menjangkakan kejutan bersifat kecenderungan menaikkan kadar faedah terutama dengan mengambil kira keadaan kewangan yang telah mengetat berikutan peningkatan hasil bon dan kesan daripada aktiviti pelaburan yang terlalu tertumpu kepada kecerdasan buatan.
“Bagi pasaran emas, persoalan yang lebih penting ialah sama ada jualan secara terpaksa telah berakhir. Selagi kita belum mendapat gambaran lebih jelas mengenai perkara itu walaupun dalam keadaan makroekonomi yang menggalakkan, harga emas mungkin masih sukar untuk meningkat berterusan,” kata Innes.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan kejatuhan harga emas sehingga mencecah RM503 per gram menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan menyerbu kedai emas sejak Isnin lalu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/01/7078556aadc6a8718ead7e5ed921b2d8.jpg)
Tinjauannya di sekitar Pasar Siti Khadijah, dekat Kota Bharu mendapati kebanyakan kedai emas dipenuhi pengunjung yang mengambil kesempatan membeli ketika harga disifatkan menjunam.
Mereka mendakwa, harga setakat ini disifatkan paling murah iaitu antara RM503 dan RM504 bagi setiap gram.
Pada akhir dagangan semalam, kontrak Oktober 2026 susut kepada AS$4,017.3 setiap auns troy daripada AS$4,027.6 pada Jumaat lepas manakala November 2026 menyusut kepada AS$4,033.0 daripada AS$4,043.6.
Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing menurun kepada US$4,048.2 setiap auns troy daripada AS$4,059.2 sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 94 lot daripada 85 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 177 kontrak daripada 163 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,013.3 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 23 Okt 2026.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/4523423423423_570940.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.