Menteri sedia teliti cadangan isteri kongsi cuti bersalin dengan suami
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri sedia meneliti cadangan supaya cuti bersalin boleh dikongsi antara suami dan isteri bagi memberi ruang kepada pasangan menguruskan keperluan ibu dan bayi selepas kelahiran.
Nancy berkata cadangan itu baik kerana membolehkan pasangan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
“Terima kasih yang berhormat (Ampang). Kita akan lihat kepada cadangan tersebut.
“Saya harap yang di belakang (pegawai kementerian) itu ambil nota mengenai perkara ini. Ia satu cadangan yang sangat baik.
“Saya amat menyokong kalau orang bercerita mengenai keluarga untuk bersama,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 bagi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat, hari ini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/25004b6448d779c0d72b27c8a70fe503.jpg)
Cadangan itu dikemukakan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang berpandangan kerajaan perlu meneliti semula kemudahan cuti bersalin supaya tempohnya boleh dikongsi antara suami dan isteri.
Rodziah berkata kemudahan itu dapat membantu pasangan menguruskan keadaan tertentu selepas kelahiran, termasuk apabila bayi mengalami jaundis atau demam kuning dan memerlukan penjagaan tambahan.
Menurutnya, ada keadaan apabila isteri perlu menggunakan sebahagian tempoh cutinya untuk memberi peluang kepada suami membantu menjaga bayi, sedangkan tempoh cuti paterniti yang tersedia kepada suami adalah terhad.
Justeru, dia mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme perkongsian cuti berkenaan supaya kedua-dua ibu bapa mempunyai fleksibiliti untuk menjaga anak mereka.
Ketika ini, pekerja wanita di Semenanjung Malaysia dan Labuan layak mendapat cuti bersalin minimum 98 hari, berbanding 60 hari sebelum pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Sementara itu, pekerja lelaki yang memenuhi syarat ditetapkan layak mendapat cuti paterniti berbayar selama tujuh hari berturut-turut di bawah pindaan sama.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.