PRN MELAKA | 28 pusat penamaan calon dibuka 9 pagi
PRN MELAKA | Semua 28 pusat penamaan calon dibuka serentak pada 9 pagi ini.
Bakal calon diberi tempoh sejam – hingga 10 pagi – untuk menyerahkan borang masing-masing kepada pegawai pengurus pilihan raya di pusat penamaan calon, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari yang bermula selepas pengisytiharan calon hingga 11.59 malam sebelum hari pengundian pada 14 Nov.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat penamaan calon hari ini mendapati penyokong parti-parti politik mula berkumpul seawal 7 pagi bagi memberi sokongan kepada calon pilihan masing-masing, dengan cuaca kelihatan baik di semua kawasan.
PRN Melaka ke 16 diadakan susulan pembubaran DUN secara rasmi pada 23 Sept lalu setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 Nov ini bagi tarikh pengundian awal manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.
Seramai 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.
Pada PRN Melaka lalu BN menang 21 kerusi dengan Umno menguasai 18 kerusi, MCA dua dan MIC satu, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua per tiga.
PH pula menang lima kerusi menerusi DAP (empat) dan Amanah (satu), manakala PN dengan dua kerusi.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/pm/melaka/2026/.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/234332123123_982115.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.