AGC kembalikan kertas siasatan kes MB Negeri Sembilan kepada polis
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengembalikan kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Okt.
“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana Menteri Besar mendakwa menandatangani proklamasi berkaitan dengan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar.
“Hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.
“Oleh yang demikian, kertas siasatan akan dikembalikan kepada PDRM hari ini untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.
Semalam, Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan tiada kelewatan di pihak AGC dalam mengkaji dan meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan membabitkan laporan terhadap Ismail.
Dia berkata KEP membabitkan siasatan terhadap Ismail sudah dirujuk kepada AGC pada 29 Sept dan diminit keluar oleh AGC kepada PDRM pada 7 Okt.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/IsmailLasim1_924924.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.