Penggodam larikan AS$132 juta dari bank Perancis, pindahkan ke kripto
Diterbitkan: Nov 5, 2026 1:27 PM
Bank Perancis Credit Mutuel Arkea menjadi mangsa serangan penggodam yang mengakibatkan €118 juta (US$132.5 juta) dicuri daripada akaunnya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar Le Telegramme.
Menurut laporan Le Telegramme pada Rabu, Credit Mutuel memberi jaminan bahawa kejadian itu tidak akan memberikan sebarang kesan kewangan kepada pelanggannya.
Bagaimanapun, beberapa transaksi menerusi aplikasi bank berkenaan tidak dapat dilakukan susulan serangan itu.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa wang yang dicuri dipindahkan ke beberapa akaun yang dikaitkan dengan platform pertukaran mata wang kripto.
- Bernama-Sputnik/RIA Novosti
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/07/13513c0ffb940f37a4676f61b5efd0ed.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.