MIC utus surat ke menteri, Anwar bantah pengurangan waktu pengajaran Bahasa Tamil
Kementerian Pendidikan (KPM) dimohon mengekalkan 12 waktu pengajaran Bahasa Tamil seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) susulan cadangan untuk mengurangkannya kepada 10 waktu di bawah penstrukturan semula kurikulum persekolahan 2027.
Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata perkara itu dibangkitkan dalam surat kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dengan salinan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam surat bertarikh 4 Nov itu yang turut dikongsikan kepada Bernama, Saravanan berkata cadangan berkenaan turut mendapat perhatian guru, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat India.
Beliau berkata sekolah Tamil berperanan penting dalam memelihara bahasa ibunda, warisan dan identiti budaya masyarakat itu.
"Waktu pengajaran bahasa ibunda sedia ada tidak sepatutnya dikurangkan atau dikorbankan bagi memberi ruang kepada mata pelajaran atau modul baharu," katanya.
Dalam pada itu, Saravanan yang juga Anggota Parlimen Tapah menyokong cadangan KPM memperkenalkan modul Pembentukan Karakter, namun mencadangkan supaya kandungannya dimasukkan dalam waktu mata pelajaran Pendidikan Moral sedia ada.
Beliau berharap kementerian dapat meneliti semula cadangan berkenaan serta mengekalkan atau menambah peruntukan 12 waktu seminggu bagi pengajaran Bahasa Tamil di SJKT.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/02563c4c4e31d3f924f53581d47d211f.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.