NGO gesa PM dedah SOP tahanan rumah Najib, minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama) terus menggesa kerajaan supaya mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib Razak serta minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Dalam satu kenyataan, Projek Sama berkata, kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbuat demikian bakal berdepan dengan kemarahan rakyat.
"Adakah terdapat undang-undang khusus mengenai tahanan rumah yang disediakan untuk Najib, seorang banduan yang disabitkan dalam kes 1MDB, sedangkan Parlimen masih belum meluluskan sebarang undang-undang berkaitan tahanan rumah?
"Adakah Malaysia kini benar-benar menjadi sebuah masyarakat yang mengamalkan prinsip 'dua darjat', dengan satu set peraturan untuk penjenayah berstatus VVIP yang diberikan laluan khas untuk kembali ke kediaman mewahnya sebagai penjara, manakala 31 juta rakyat Malaysia yang lain perlu menjalani hukuman penjara sekiranya disabitkan kesalahan oleh mahkamah?
"Projek Sama menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya menegaskan kembali komitmen terhadap kedaulatan undang-undang dan kerangka perlembagaan negara yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Umno memaklumkan pihaknya telah berjaya melunaskan denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM50 juta melalui Tabung Solidariti Najib Razak.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani tahanan rumah.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-06112026-06_461394.jpg)
Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 Sept 2026 oleh Yang di-Pertuan Agong membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata pelaksanaan tahanan rumah Najib wajar ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran perintah pengampunan bersyarat terhadapnya.
Menurut AGC, persoalan itu melibatkan kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International serta pelaksanaan hukuman bagi kes 1MDB.
"Khususnya berhubung perintah mahkamah yang menetapkan bahawa hukuman bagi kes 1MDB hendaklah bermula selepas selesai hukuman penjara bagi kes SRC International," kata jabatan itu dalam kenyataan.
AGC menjelaskan penangguhan buat sementara waktu itu sehingga penelitian dan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Order of Discharge tersebut diselesaikan.
Tuntut pendirian AG, Hannah Yeoh
Dalam pada itu Projek Sama turut menuntut pandangan betulis Peguam Negara, serta pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
"Keengganan untuk mendedahkan dokumen berkenaan akan menghakis keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen itu sendiri.
"Tindakan sedemikian juga boleh menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Malaysia dalam melaksanakan reformasi institusi dan tadbir urus baik, yang selama ini giat dipromosikan kerajaan di peringkat antarabangsa," katanya lagi.
Tambahnya, di bawah gagasan Madani, Anwar bersama rakan gabungannya, termasuk Umno, mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati aspirasi sebuah masyarakat bertamadun dan berpaksikan peraturan seperti masyarakat Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Namun, timbul persoalan sama ada kelonggaran khas yang diberikan kepada Najib seumpama ini boleh berlaku dalam masyarakat Madinah yang menjunjung prinsip kesamarataan pada zaman tersebut.
"Skandal rasuah berskala besar membabitkan Najib amat memalukan, manakala sebarang kelonggaran yang diberikan kepadanya serta penderitaan yang terpaksa ditanggung rakyat akibat tindakan itu tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang biasa," kata kenyataan itu lagi.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/najibrazak1_740838.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.