Hormati luahan seni, henti anggap konsert sebagai ancaman agama - Pemuda DAP
Pemuda DAP mendesak pihak berkuasa supaya menghormati luahan seni dan tidak menganggap persembahan hiburan sebagai ancaman agama, susulan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat konsert seorang artis luar negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Siasatan itu menyusul selepas persembahan penyanyi dan penulis lagu dari Kanada, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu, yang menarik kritikan mendakwa ada unsur yang bertentangan dengan kepercayaan Islam.
Antara elemen persembahan yang menjadi pertikaian itu adalah paparan patung emas setinggi 12 meter, yang merupakan perhiasan utama yang digunakan dalam konsert aeris itu di seluruh dunia.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/91084f56efb2926e4d4fae8c05c84659.jpg)
Ketua Pemuda PAS, Sukri Omar sebelum ini mendakwa persembahan itu diilhamkan oleh tamadun rekaan yang pengikutnya memuja mesin sebagai tuhan.
Walau bagaimanapun, Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong berkata arca pentas, kostum dan persembahan teater tidak sepatutnya ditafsir sebagai ritual pemujaan, apatah lagi dikaitkan dengan kultus atau ajaran sesat.
Woo sebaliknya menegaskan siasatan yang tidak perlu ke atas isu kebudayaan dan hiburan boleh merosakkan imej antarabangsa Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai bahan ketawa antarabangsa.
Pemuda DAP berpendapat agensi kerajaan sepatutnya bertindak berdasarkan fakta, bukannya terburu-buru mengikut arus setiap kali ada pihak membuat dakwaan aktiviti kultus, katanya dalam satu kenyataan.
Adun Pasir Bedamar itu turut memetik contoh panik budaya sebelum ini, apabila karya atau simbol kebudayaan disalah tafsir dan dikaitkan dengan konspirasi agama atau politik tanpa bukti kukuh.
Ini termasuk kontroversi pada 2019 di Pulau Pinang apabila sebuah bangunan pangsapuri dituduh mempromosikan penyebaran agama Kristian hanya kerana susunan lampunya menyerupai bentuk salib.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/874ac965201230a5ed32b6a8b18557ac.jpg)
“Daripada pencahayaan bangunan tinggi sehinggalah arca di konsert, adakah pihak berkuasa perlu melayan setiap aduan hanya kerana ada pihak yang tidak menyukai atau gagal memahami bentuk tertentu dan mentafsirkannya sebagai sebahagian daripada konspirasi agama,” soalnya.
Woo memberi amaran bahawa tindakan menganggap persembahan seni sebagai ancaman agama tanpa bukti kukuh boleh mendedahkan pencipta kandungan dan penggiat industri kepada tekanan politik yang tidak sepatutnya, di samping mengurangkan minat artis antarabangsa dan penganjur acara untuk membawa produksi mereka ke Malaysia.
Dia menggesa pihak berkuasa supaya membezakan antara luahan seni dengan aktiviti keagamaan sebenar, sambil menambah bahawa Malaysia sepatutnya memberi tumpuan kepada pendidikan, teknologi dan pembangunan bakat berbanding spekulasi tanpa asas.
“Jika kita terus berundur ke belakang dan membuang masa dengan ancaman budaya rekaan, Malaysia hanya akan membazirkan sumber kita dan terus ketinggalan zaman,” katanya lagi.
Lapor komen ini
/file/attachments/889/TheWeekndConcert_738210.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.