Mat Sabu selar Zahid: Gesaan bubar Parlimen awal tidak wajar, hak prerogatif PM
Sebarang gesaan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal adalah tidak wajar kerana keputusan berhubung perkara itu merupakan hak prerogatif Perdana Menteri, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Ditemui pada Majlis Himpunan Semarak Tani di Merlimau hari ini, beliau berkata sebarang keputusan berkaitan perkara berkenaan sewajarnya diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Anwar Ibrahim tanpa gesaan daripada mana-mana pihak.
Mohamad Sabu diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam, yang mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) untuk memberi mandat kepada rakyat memilih pemimpin dikehendaki mereka.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang berkuat kuasa serta-merta semalam, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
/file/attachments/885/maxresdefault_267484.jpeg)
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.
Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 Nov lepas terhadap Najib.
Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, Pengerusi PH Sabah Mustapha Sakmud berkata perlindungan terhadap agenda reformasi institusi dan penambahbaikan tadbir urus negara bakal terjejas sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/08d5d64a1d525c27f18089aee84e38cc.jpg)
"PH Sabah menolak cadangan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen kerana keutamaan Anwar Ibrahim ketika ini adalah memperkukuh ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat.
"Jangan kerana ghairah mengejar kepentingan politik jangka pendek, kita pertaruhkan keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menyifatkan gesaan pembubaran tersebut mengejutkan kerana bercanggah dengan pendirian rasmi Ahmad Zahid selaku Presiden Umno yang sebelum ini berikrar kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar menghormati mandat sedia ada dan memberi ruang sepenuhnya kepada Perdana Menteri untuk menjayakan agenda pemulihan ekonomi serta memelihara kesejahteraan rakyat
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/34323223_338552.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.