'Jangan mungkir janji' - Loke pegang pesan bapa
Prinsip menunaikan janji dan mempertahankan kredibiliti diri lebih penting daripada mengekalkan kedudukan dalam politik, kata bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata prinsip itu menjadi pegangan sepanjang perjalanan politiknya, terutama ketika berdepan keputusan sukar yang menuntutnya menunaikan janji dibuat secara terbuka.
“Saya telah meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam. Satu keputusan yang jelas, ada kepastian dan tegas.
"Tiada sebarang kekaburan. Pendirian ini jelas,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Majlis terakhir di MOT
Terdahulu, Loke tiba di pekarangan lobi MOT pada 10.04 pagi bagi menghadiri majlis perhimpunan berkenaan buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/af7f0a7f8ab24a5d1cdfd3164a18e3b0.jpg)
Loke turut menjelaskan prinsip menunaikan janji tetap perlu dipegang meskipun sukar, sebagaimana didikan bapanya yang sentiasa mengingatkan beliau supaya menepati setiap kata-kata dan janji yang dibuat.
Mengimbau kembali tempoh perkhidmatannya, Setiausaha Agung DAP itu menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen seluruh warga kementerian yang berjaya memacu pelbagai pembaharuan merentas sektor udara, maritim dan darat sepanjang empat tahun diterajuinya.
Bagi sektor udara, beliau menyifatkan penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebagai satu langkah penstrukturan penting.
Beliau turut berbangga dengan inisiatif bantuan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa yang dicetuskan tanpa peruntukan awal kementerian, namun kini diinstitusikan sebagai program tetap Belanjawan tahunan bagi meringankan kos pelajar institut pengajian tinggi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/a0c82087a42f4556b63151343501fd63.jpg)
Dalam sektor maritim, beliau berkata pencapaian Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan ke-10 tersibuk di dunia serta langkah berani menamatkan konsesi pengerukan kepada tender terbuka, sekali gus menyifatkan ia sebagai kejayaan signifikan dalam meningkatkan daya saing pelabuhan negara.
Mengenai pengangkutan darat dan rel, Loke memuji usaha pemulihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menunjukkan lonjakan mendadak dari segi pendapatan dan jumlah penumpang.
Beliau turut berpuas hati dengan peluasan perkhidmatan Bas.my ke seluruh ibu negeri, serta kemajuan kelangsungan projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Sistem Transit Aliran Ringan (RTS) Link.
"Saya berharap sedikit sumbangan saya dalam beberapa tahun menerajui MOT akan meninggalkan kesan yang positif untuk masa depan negara dan masa depan masyarakat," katanya.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/3a401005b1c351cd39bbde8e33d6ad96.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.