PH Melaka gesa SPR siasat dakwaan 500 papan iklan kerajaan jadi bahan kempen BN
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa lebih 500 papan iklan milik agensi kerajaan di Melaka, digunakan sebagai bahan kempen Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Ahli Parlimen Kota Melaka itu berkata papan iklan berkenaan yang sebelum ini memaparkan bahan berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, telah ditukar kepada gambar calon serta bahan kempen BN.
Pengerusi DAP Melaka itu berkata tindakan itu, menimbulkan persoalan berhubung penggunaan aset kerajaan untuk tujuan kempen politik dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas, sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang pilihan raya.
“Tindakan ini salah...jadi dalam bab ini, sudah pasti semua calon BN telah langgar akta pilihan raya.
“Jadi saya nak cadang kepada semua calon supaya buat laporan polis, supaya tindakan seterusnya boleh diambil dan SPR perlu menyiasat dakwaan ini bagi memastikan semua parti mematuhi peraturan serta menjalankan kempen secara adil,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Baru, di Melakahari ini.
Dalam pada itu, Khoo turut mempersoalkan janji BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menaikkan cukai tanah di Melaka dalam tempoh lima tahun sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu, sedangkan kenaikan cukai itu telah dilaksanakan pada 2024.
Beliau berkata berdasarkan Seksyen 101(5)(b) Kanun Tanah Negara, kerana kerajaan negeri tanpa mengira parti yang memerintah, tidak boleh melakukan semakan semula kadar cukai itu dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh semakan terdahulu.
“Ini bermakna sekiranya semakan cukai itu telah dibuat pada 2024, kerajaan negeri sememangnya tidak dibenarkan melaksanakan semakan semula cukai tanah sehingga 2034.
“Jadi, apa sebenarnya yang BN-PN janjikan kepada rakyat dalam manifesto mereka pada PRN Melaka kali ini?,” soalnya.
Sementara itu, Khoo mengingatkan jentera PH supaya mengutamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh berkempen, yang tinggal sehari lagi sebelum hari pengundian.
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian PRN Melaka-16, manakala pengundian awal dilaksanakan Selasa lepas.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/malacca_PH_1as342_189200.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.