PM: Tiada petunjuk cip Nvidia dieksport dari Malaysia
Diterbitkan: Nov 13, 2026 3:25 PM
Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tiada sebarang petunjuk tentang perkara itu,” kata beliau kepada pemberita hari ini apabila ditanya sama ada terdapat bukti cip tersebut dieksport keluar dari negara ini.
Anwar turut berkata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah memberikan laporan mengenai perkara itu pagi ini.
"Kami akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah, di Brickfields hari ini.
Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/c86da49f15fd9f2b396ac39d91e21aee.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.