'Kenyataan Hadi pasal orang Islam dan bukan Islam dipetik di luar konteks'
Pejabat Presiden PAS mendakwa kenyataan Abdul Hadi Awang dalam laporan Malaysiakini mengenai ucapannya di Melaka malam tadi dipetik di luar konteks.
Menurut pejabat itu, ucapan presiden PAS berkenaan bertujuan menjelaskan politik dalam Islam berlandaskan dosa dan pahala yang membawa kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.
"Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Laporan yang dirujuk bertajuk “Pesan Hadi di Melaka: Dalam sejarah, sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Abdul Hadi menggesa umat Islam menunaikan kewajipan mengundi ketika berucap pada ceramah Grand Finale BN-PN di Bukit Katil malam tadi.
Dalam ucapan itu, dia mengaitkan perkiraan politik Islam dengan dosa dan pahala serta membandingkan pemerintahan orang Islam dengan bukan Islam.
Katanya, jika orang Islam tidak keluar mengundi, “orang lain” boleh menjadi pemerintah dan bertindak mengikut perkiraan sendiri serta mengabaikan amanah yang diwajibkan Allah.
"Sebab itu orang Islam mesti tunaikan kewajipan ini (keluar mengundi) untuk memimpin seluruh manusia.
"Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam," jelasnya di hadapan lebih 1,000 penyokong PN dan BN.
Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang itu turut menyorot sejarah kedatangan Islam di Melaka sebelum negeri itu dijajah pada 1511 serta bagaimana agama itu tidak terhapus di negara ini walaupun dijajah ratusan tahun.
Sementara itu, setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memberitahu Malaysiakini kenyataan Abdul Hadi berkenaan merujuk sejarah pemerintahan Islam. Penjelasan Syahir itu turut dimuatkan dalam laporan berkenaan.
Dah salah tu ngaku sajalah...Alasan luar konteklah bagai...
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/4564565_689200.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.