'Tolak penunggang agama, mereka yang bertopeng bela kaum tapi julang perasuah'
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Melaka menggunakan peti undi esok untuk menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan mereka yang terbabit dalam rasuah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata pengundi Melaka berpeluang menyampaikan mesej tegas dan menjadi sinar harapan kepada rakyat yang mahu melihat negara bebas daripada rasuah.
"Beberapa hari ini, kita telah saksikan wajah sebenar sebuah ‘penyatuan’... demi undi dan kuasa, mereka tergamak menunggang agama dengan mengeluarkan fatwa menghalalkan sokongan kepada perasuah, mendajalkan lawan, hinggalah menyamakan pilihan undi dengan kewajipan wuduk.
"Esok, rakyat Melaka berpeluang menyampaikan mesej yang tegas melalui peti undi... tolak penunggang agama dan mereka yang bersembunyi di sebalik topeng membela kaum tetapi hakikatnya menjulang perasuah," katanya.
Anwar berkata sikap berdiam diri dan bertolak ansur terhadap rasuah sudah terlalu lama merosakkan negara dan perlu dihentikan menerusi pilihan pengundi.
"Kita hentikannya di peti undi esok. Selamatkan Melaka. Selamatkan negara. Undilah HARAPAN," katanya.
Sebanyak 675,166 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian PRN Melaka ke-16 esok, dengan peratusan keluar mengundi dijangka mencecah 70 peratus.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/AnwarIbrahim1_789175.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.