Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan pusat tidak setuju 16 Sept cuti umum
Diterbitkan:  Sep 3, 2008 11:51 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak setuju dengan cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Sebagai sebuah negara, kita patut ada satu sahaja hari kemerdekaan sebab kita sudah pilih itulah hari kemerdekaan negara kita," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jadi memberi (cuti) hari yang lain, boleh memberi macam-macam intepretasi,polimik dan juga tidak sihat dari segi perpaduan nasional.

"Ini pendirian kita, kita pentingkan perpaduan dan integrasi nasional," katanya kepada pemberita di ibunegara semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar sebelum ini, mencadangkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan yang di bawah pemerintahan Pakatan, mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum kerana ia adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Cadangan itu telahpun diterima oleh Pulau Pinang dan Kelantan, manakala negeri-negeri lain masih menimbangkannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS