Mangsa tanah runtuh Batang Kali cabar pembelaan 'bencana alam'
Mangsa yang terselamat serta keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 2022 mempertikaikan pembelaan “bencana alam” yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor dan pengendali tapak perkhemahan.
Hujah mereka, bencana itu berpunca daripada kecuaian manusia dan bukannya faktor semula jadi.
Seramai 23 plaintif menegaskan tapak perkhemahan Father's Organic Farm dibina di bawah tambakan jalan raya yang tidak dibina dengan baik, menyebabkan sistem perparitan yang tidak mencukupi mengakibatkan air bawah tanah terkumpul dan melemahkan struktur tanah dari semasa ke semasa.
Mereka berhujah keadaan tersebut, ditambah pula dengan ketiadaan langkah keselamatan yang sewajarnya, menjadikan tragedi itu sebenarnya boleh dielakkan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/3fde860e29eabfc10b1c262fc179e518.jpg)
Menurut laporan Free Malaysia Today, plaintif mengemukakan tuntutan itu dalam hujahan di hadapan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, sambil menyifatkan tambakan berkenaan sebagai struktur buatan manusia yang dibentuk dengan menimbun tanah merentasi lembah sempit serta di atas aliran anak sungai sedia ada.
Mereka berkata ketiadaan saliran di bawah tambakan membolehkan air bawah tanah terkumpul selama bertahun-tahun, yang akhirnya menyebabkan tanah yang tepu air itu runtuh dan mengalir ke arah tapak perkhemahan.
Memetik Jabatan Mineral dan Geosains, plaintif berkata tanah itu bergerak pada anggaran kelajuan 12 meter sesaat dan sampai ke tapak perkhemahan dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Mereka turut merujuk laporan Jabatan Kerja Raya yang mendapati tanah berkenaan melebihi had cecairnya.
“Disebabkan keadaan tanah itu, runtuhan sampai ke tapak perkhemahan yang terletak kira-kira 550m jauhnya. Gelombang pertama itulah yang meragut nyawa,” kata mereka kepada mahkamah.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/4f6c655036afcbae390ea13db0252207.jpg)
Plaintif juga mempertikaikan kesahihan operasi tapak perkhemahan itu dengan menyatakan kelulusan yang diberikan adalah untuk pusat peranginan percutian dan taman botani, bukannya ladang atau tapak perkhemahan.
Mereka berhujah tapak perkhemahan komersial itu, yang mempunyai tandas kekal, tempat berteduh serta dewan makan, beroperasi di lembah pertanian betul-betul di bawah tambakan jalan raya yang tinggi.
Mereka seterusnya mendakwa pengunjung tapak perkhemahan tidak diberikan amaran atau disediakan pelan pemindahan kecemasan.
BACA LANJUT: PANDUANKINI l Tragedi tanah runtuh Batang Kali dan laporan forensik
Tanah runtuh yang dengan jumlah kematian yang kedua paling tinggi di Malaysia itu melanda tapak perkhemahan Father's Organic Farm kira-kira jam 2.30 pagi pada 16 Dis 2022, mengorbankan 31 nyawa termasuk 13 kanak-kanak. Daripada 61 mangsa yang terselamat, tujuh mengalami kecederaan.
Laporan forensik yang dikeluarkan pada 18 Okt 2023 mengaitkan bencana itu dengan kegagalan cerun susulan hujan lebat dan berterusan, sekali gus menolak faktor manusia sebagai punca.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/834637b4cabb832a7bf275c4a6401dad.jpg)
Plaintif memfailkan saman tersebut pada Oktober 2024 terhadap kerajaan Selangor, Jabatan Kerja Raya negeri, pemilik pusat peranginan Malaysia Botanical Gardens Resort Sdn Bhd, pengendali tapak perkhemahan BL Agro Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/aabaacdfd4108a89071a22e8934f5d8b.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.