Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis sangkal tekan doktor Pusrawi
Diterbitkan:  Sep 5, 2008 11:00 PM
Dikemaskini: 3:06 PM

Polis menyangkal dakwaan doktor Hospital Pusrawi, yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa pegawai perubatan itu ditekan semasa memberi keterangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin berkata kenyataan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid diambil pada peringkat awal siasatan kes berkenaan.

Ia dibuat secara paling profesional serta berhemah di pejabat doktor itu, kata pegawai tinggi polis itu, lapor Bernama .

"Kami ingin menegaskan bahawa polis tidak pernah mengenakan sebarang tekanan terhadap Dr Muhammad Osman," katanya dalam satu kenyataan.

Bakri berkata polis tidak boleh mengulas kandungan akuan berkanun Dr Muhammad Osman kerana berkemungkinan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat melibatkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful.

ADS