Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...
Diterbitkan:  Sep 10, 2008 12:15 PM
Dikemaskini: Sep 11, 2008 2:33 AM

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan.

"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star .

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.

Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan.

"Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.

Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September.

Terkini, baca: Expect 'surprise' on Sept 16, says Anwar

ADS