Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Budak melecur terjatuh dalam kawah gulai
Diterbitkan:  Sep 15, 2008 7:55 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Seorang kanak-kanak lelalki berusia 2 tahun melecur pada bahagian badan setelah terjatuh ke dalam periuk besar berisi gulai daging

dan rebung yang baru dimasak di kedai neneknya hari ini.

Mohd Adib Alif, melecur dari paras dada hingga paha selepas terjatuh ke dalam periuk gulai selebar 0.7 meter dalam kejadian pada 1.40 tengah hari di Taman Wira Mergong, kata bapanya Mohd Asrie Azizan.

Mohd Asrie, 28, berkata kejadian itu berlaku apabila anak tunggalnya itu bermain dengan berjalan secara mengundur dan dipercayai tidak menyedari ada periuk di belakangnya mengandungi gulai yang baru dimasak untuk dijual di Bazar Ramadan di Jalan Putra.

"Isteri dan ibu saya hanya menyedari kejadian yang menimpa Mohd Adib apabila mendengar dia menjerit sebelum mengeluarkannya dari periuk itu.

"Kira-kira 50 peratus badan Mohd Adib melecur tetapi dia bernasib baik kerana memakai lampin dan lengkap berpakaian ketika kejadian, kalau tidak dia mungkin melecur lagi teruk," katanya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), lapor Bernama .

Katanya, Mohd Adib dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS