Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BPA mahu jumpa Teresa mengenai isu makanan
Diterbitkan:  Sep 20, 2008 4:44 PM
Dikemaskini: 4:53 PM

Biro Pengaduan Awam (BPA) akan menemui Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan bahawa beliau tidak diberikan makanan yang sesuai sepanjang

penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Balai Polis Jalan Travers di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 02 "Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.

Menurut Bernama, beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di ibunegara hari ini.

Semalam Kok yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor mendakwabahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.

Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA berkata seseorang yang ditahan di bawah ISA sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.

Beliau berkata pihaknya juga akan melawat ke Balai Polis Jalan Travers untuk menyiasat dakwaan Kok itu.

ADS